top of page

DANA LESAP!

Dimanakah duit kita???

24 Jun 2025:
1) Pihak Imigresen hadir dan membuat tangkapan PATI yang melibatkan pekerja-pekerja Security dimana sebelum ini telah mendapat tender di Akasia ini tetapi telah menggunakan pekerja PATI bagi menjaga keselamatan penduduk.

2) Juga tangkapan bagi pekerja cleaner juga merupakan pekerja PATI di Akasia ini.
IMG-20251112-WA0011.jpg

Townhall 5 hb. Julai 2025

Screen Shot hutang TNB.jpg

Pada 5 hb. Julai 2025 telah diadakan Townhall di Dewan Akasia Residensi dimana pihak JMB telah membuat penerangan berkaitan preparation sebelum AGM nanti dan beberapa isu telah dibangkitkan kepada penduduk yang hadir sehingga keadaan menjadi panas antaranya adalah,

1. Pihak JMB Mencadangkan bagi menaikkan bayaran maintenance dan Singking Funds dari RM 166.39 kepada RM 250.00 sebulan.

2. Pihak JMB telah meminta bayaran deposit elektrik dan air yang sebelum ini telah dibayar oleh pemaju kepada TNB & Air Selangor, deposit elektrik berjumlah RM 100,420.00 dan bagi Air Selangor berjumlah RM 132,340.00 dengan jumlah keseluruhan RM 232,760.00 yang perlu ditanggung oleh penduduk.

3. Hutang-hutang yang perlu ditanggung oleh penduduk di atas pentadbiran JMB SEKARANG.

Summary Tunggakkan Elektrik & Air sehingga JUN 2025:

 

a) Tunggakan TNB  (April-Mei 2025) - RM 83,882.80

b) Tunggakan Air Selangor- RM 14,163.10

Jumlah Tunggakan RM 98,045.90

18 Ogos 2025

Letter Of Demand: 27 Ogos 2025

Isu diatas telah kita bawakan kepada pihak Lawyer dengan duit kutipan bayaran Guaman secara perkongsian penduduk di mana pihak JMB/MO telah memaklumkan kepada penduduk di ineighbour untuk transferkan bayaran bulanan maintenance dan Singking Funds ke akaun yang amat MERAGUKAN  dan isu ini telah ditegur oleh salah seorang penduduk kerana didapati butiran akaun yang diberikan bercanggah dari akaun sebelum ini.

Akaun Maybank bernombor 5622 6363 4994 adalah milik Perbadanan "Pengurusan Vista Bangi" dan bukannya akaun rasmi Badan Pengurusan Bersama Acacia Residences, Kenapa ini boleh berlaku?

Surat Reply Lawyer JMB: 5 Sept 2025

Surat Balasan/Reply dari pihak JMB kepada Lawyer dimana alasan-alasan yang diberikan tidak masuk akal.

Lapuran MOM: 6 Sept 2025

Lapuran dari MO (Management Office baru) kepada pihak COB bertarikh pada 6 hb. September 2025 dimana ada beberapa isu yang telah pihak kita highlightkan kepada pihak COB bertarikh pada dan salinan kepada,

1. COB (Jabatan Pesuruhjaya Bangunan)

2. MO (Management Office Akasia Residensi)

3. Ahli Majlis Puan Aminah

4. YB Aiman Athirah

Antara isu yang dibangkitkan dari lapuran MO ini adalah (rujuk pada surat tersebut),

1. Duit Singking Funds berjumlah lebih RM 75,000.00 LESAP!!!

2. Fire System yang TIDAK berfungsi/disabled  dari tarikh 30 hb. Mei 2025 sehingga sekarang.

3. Pengeluaran yang agak besar pada setiap bulan TANPA Resit.

Surat Kepada COB

Surat kepada pihak COB bertarikh 17 hb. November 2025

Letter Of Demand Kepada Pihak COB

4 Disember 2025

Meminta pihak COB membantu mencari penjelasan berkaitan LESAPnya duit Singking Funds berjumlah lebih RM 74,000.00

SURAT MAKLUMBALAS DARI PIHAK COB

12 Disember 2025

Siasatan akan dibuat oleh pihak COB berkaitan isu ini

SURAT SAMAN MAJU MERIT (MO) LAMA TERHADAP JMB TERDAHULU 30 DISEMBER 2025

Bantu Kami Selamatkan Akasia

@By Zahed Baba

  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black YouTube Icon

Belum Ada Event

bottom of page